Thursday, May 19, 2011

Staff outting to Ho Chi Minh 13-17 May 2011.

Staff outting to Ho Chi Minh 13-17 May 2011.

Pengalamanku di vietnam amat menyeronokkn + menyedihkan. Seronok bg org yg suke  shopping2.. sedih dan terharu melihat keadaan disana.. bersyukur aku dilahirkan di Malaysia..
Terkejut jugak bila pertama kali menjejakkan kaki di bumi vietnam, jalan raya dipenuhi dgn motorsikal, kereta agak kurang disana. Dapat info dr tour guide mengatakan org sana xmampu utk beli kereta kerna bg diorg harga kereta agak mahal utk dimiliki.


1st day kat vietnam kami dibawa ke restoran halal seri penang utk menjamu selera. Makanan disini agak kurang ckit la rasanya tp ok la utk menghilang rasa lapar.. lepas mkn kami pun dibawa ke hotel utk berehat..pada waktu malam kami pun pusing2 disekitar pasar malam berhampiran dengan hotel.


2nd day, kami dibawa ke Chuchi Tunnel. Tempat ini ade tempat pesembunyian Vietnamese sewaktu perang dengan Amerika dulu.. teruja dan kesian jugak tgk keadaan tempat itu.. Tapi terasa amat kagum dengan semangat vietnamese melawan american walaupun kekurangan peralatan canggih diorg masih mampu mengalahkan tentera amerika. Taktik diorg amat berkesan skali.. lepas tu shopping lagi dan lagi..


3rd day, kami ke Mekong Delta.. kami dibawa naik bot menyeberang sungai Mekong.. sampai diseberang sana kami dihidangkan dengan madu plak.. lepas menikmati madu kami dibawa naik sampan plak ke dusun buah-buahan diorg.. sampai disana kami pun dihidangkn dengan buah-buahan tempatan sambil diiringi dengan persembahan nyanyian org tempatan..  lepas tu shopping lagi dan lagi..


Hari ke4, fully shopping... antaranya Russia market, Saigon square, Free Tax center, kedai seni jahitan diorg dan pasar2 berdekatan..




Hari ke5, free aktiviti.. smpai kol 130 ptg.. lps tu mkn tgh hari dan pergi ke hard Rock cafe di Ho Chi Minh. Lepas berangkat ke airport utk berangkat pulang ke Malaysia.. Welcome Home..  

Tuesday, May 10, 2011

Bowling

semalam aku dipaksa main bowling oleh member2 aku... aku dah la xreti main menatang ni..terpaksa la jugak layan diorg ni..walaupun aku xreti aku cuba jugak buat yg terbaek... tapi hampeh bnyak terjun longkang je.. tangan ku sengal2 akibat permainan bowling ni yg xbrape nak minat ni..
tapi gaya mesti nak kene ade beb.. ni antara gaya2 pro..


balingan strike!!!!!!!!!!


balingan dengan penuh harapan..

asyik botak je kepala aku ni... boring jugak fesyen macam ni..
kan klaw potong stylo susah plak...ramai terpikat nnt.. mrh plak cik aswani...hehe


kalau xbiasa main game ni mmg abis sengal2 tgn... main 3 game pun xabis... xlarat woiiii....... bowling xleh dijadikan hobi.. xmemberi kepuasan pun hanya kesakitan je...

Wednesday, May 04, 2011

Teh Tarik

Hari ni aku kene penangan teh tarik gelas kecik RM1.70.. "celaka betui nk pi haji balik hari ke oiii mak cik" hatiku berkata2 ketika membayar.. haha. dah la warung biasa je... nk kate ade aircond pun tadok..tapi xpe la aku halalkan tapi agak2 nk untung pun biar lah berpatutan..

Nasihat aku kepada peniaga warung jual pada harga yg berpatutan, sekali pelanggan terkena mmg x akan singgah lagi la lps ni.. Pikir la masak2 nk untung sekali atau selamanya2...

nak kata air tu kow pun tidak tapi biasa je rasanye...

ok lah xde idea plak nk tulis arini... tapi bosan ni.........

Monday, May 02, 2011

KonSert WingS Akustika

pada 30 april 2011, jam 630 pagi aku bangkit dari tidur. bangun tidur dengan hati yg berkobar2 utk berangkat ke Istana Budaya Kuala Lumpur..selepas semua persiapan selesai aku dan rakan aku pun bertolak ke KL pada jam 830 pagi. perjalanan kami agak pantas dan selesa dengan menaiki proton inspira baru miliik rakan saya.


jam 100 tghhari kami pun sampai di Istana Budaya. memandangkan konsert bermula pada jam 300 ptg. kami pun alas perut dulu di warung berhampiran tasik titiwangsa.. selepas itu kami pun menuju ke istana budaya, kebetulan ade pulak pameran motor berkuasa tinggi Harley Davidson... ape lg kami pun bergambar2 la dulu.. motor seperti ini mmg menjadi kegilaan semua org..


jam 300 ptg kami pun masuk ke dewan istana budaya. pertama kali masuk ke istana budaya memang 1 keterujaan utk aku.. haha ..dengan rekaan dewan ala2 istana mmg sempoi utk tgk konsert wing..tak lama selepas itu awie pun tampil memperkenalkan ahli2 yg membantu menjayakan persembahan itu.

persembahan hari itu memang mantopp dengan dibantu oleh superfriends awie seperti M. Nasir, Ramli sarip, Lan typewriter, Mus May, Nash, Yantzen, Jackylin victor, hattan, lola (xpdc), Kid (search), Yan, Man Kidal ,Rosli(sweetcharity) dan ramai2 lg otai2 lama...


dengan sound system yg terbaik dan tempat yg tertutup menjadikan konsert pada ptg itu mmg terbaik.. aku dpt menghayatinya dengan sepnuh jiwa hehe.. berbaloi la utk tiket berharga RM165.. dengan lagu nostalgia 80an dan 90an mmg mengusik jiwaku.. dengan gadingan mantap artis2 lama, petikan gitar & ketukan drum yg mantap menjadikan persembahan itu terbaik la.. xtaw aku nk citer kn mcm mane tpi mmg terbaik...
                                           
abis je konsert itu aku pun mengisi perut dengan nasi arab di Al-Rawsha. dah lama x makan nasi arab ni perghhh mmg sedap r.. utk manusia asia normal mmg sukar utk menghabiskan 1 pinggan nasi yg berharga rm25 ni.. tapi oleh kerana ketamakan rakan aku ni utk order utk pinggang nasi menyebabkan 1 pembaziran yg amat ketara... haha..

selepas kenyang kami pun berangkat mencari hotel murahan... pada malam itu aku pun berjumpa ngan intan kesepianku cik Aswani di NZ curry house... agak lama xjupe, perasaan rindu berkobar itu pun hilang bila menatap wajahnya yg manis2 itu.. hehe.. i lebiu..

tidak seperti kebiasaan mamak NZ aritu tidak bukak bola.. kami terpaksa mencari kedai mamak lain utk menyaksikan bola mlm itu... selepas perlawanan bola kami pun beransur pulang ke hotel dan cik aswani pulang ke rumah kakak beliau..

sampi je di hotel murahan.. aku terus tido utk merehatkan badan bagi persediaan utk berangkat ke perak keesokkan harinya utk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerjaku..selepas menghadirkan diri ke majlis tersebut, aku dan rakanku terus berangkat pulang ke johor...

Dalam perjalanan kami singgah kejap di seremban utk menyaksikan perlawanan penting antara Man U Vs Arsenal.. tp malang buat Man U apabila kalah 1-0...marah tui.. dengan hati yg kecewa kami pun pulang ke pontian... dah abis perjalanan hari mingguku..