Monday, April 25, 2011

kenaikan gaji..

seperti diduga.... kenaikkan gaji utk tahun pertama agak suram.. tapi xpe aku bersyukur.. aku redha dengan prestasi aku yg malas ini.. hehe.. mungkin ade rezeki lain Tuhan sediakan utk hambaNya ini..

ok lupakan semuanya.. kite citer plak pasal penyertaan aku utk jadi ahli bank rakyat.. hari ini aku telah mendaftarkan diriku ini utk menjadi ahli bank rakyat.. pendaftaran berjumlah rm500.. ni semua utk masa aku jugak hehe... pokok pertama telah aku tanam pd hari ni.. semoga berbuah dengan lebatnya dimasa akan dtg.

tiba-tiba wase nok makang nasi dagang pulok.. neleh air liur pulok... lame doh dop jamoh nasi dagang... kene pulok ikan aye... owoh2 sedap molek wasaam.. nasi dagang kekuatan nye aku wasa pada kuah nyer.. kalu sedap kuoh nye.. selera molek r.. kene pulok air teh o panas...

wase nok balik kg lalu eh... aduyai..  tranung aku rindu pada mung.. haha.

Saturday, April 23, 2011

Hari Sabtu

hari ni bangun lewat...rosak plan utk pi bayar saman kat balai polis.. jumlah samanku rm450.. xpakai tali pinggang rm300 & perangkap laju rm150..

lepas itu tertengok plak kereta personaku yg dah tak terpesona terus aku capai baldi dlm bilik air.. dengan niat utk membasuh personaku.. dengan tekunnya aku terus membasuh keretaku itu.. tapi semangat berkobar2 itu hanya sementara apabila perasaan yg amat penat sudah terasa.. aku mula malas utk meneruskan aktiviti pembasuhan persona tersebut.. so aku cepat2 bilas ngan air..

lepas tu aku rehat sekejap, tapi hati aku mula xsenang bila melihat bnyak lagi kotoran degil yg melekat pada personaku.. lepas je solat asar dengan berpakaian kain pelikat aku terus menyental kekotoran tersebut. kali aku bertenaga sikit sebab dah telan beberapa keping weetameal... sesudah siap membasuh kereta tersebut perutku pun berbunyi "jom pi keda mamak".. lantas aku memakai track suit utk tujuan berjogging..

aku pun kuar menuju ke keda mamak tersebut, dalam perjalanan singgah sekejap di keda maxis utk menyempurnakan hajat cik aswani yg menyuruh sy menyelesaikan bil maxisnye yg tertunggak.. lps itu terus ke keda mamak peveret aku.. "anil roti kaya 1 n teh tarik 1"...

lepas makan aku pun terus ke stadium mini utk berjogging.. kali ni aku berjogging sebnyk 6 pusingan padang bola lepas tu rehat kejap utk amek menghela nafas.. lepas aku berjalan plak atas batu refleksiologi sebanyak 2 pusingan...

dah hmpair waktu magrib aku pun beransur pulang ke rumah...
sekian saje..

Friday, April 22, 2011

Hari Jumaat

Yeah hari jumaat.. hari yg dinanti-nantikan oleh semua pekerja yg bekerja pada hari jumaat..

sinopsis kat tempat keje hari ini...
hari jumaat masanya agak singkat.. 845am - 915am morning meeting pastu mkn pagi jap smpai 10am.. lps masuk opis ape lagi fb-ing, check2 email &  blogging la.. kol 11am buat keje (hehe), kol 12 tgh hari siap2 nk pi solat jumaat. kol 230pm bru masuk plant balik.. pastu mkn tgh hari jap.. kol 315pm pi check telinga plak..
330pm menunggu masa utk balik haha..

tapi hari ni aku nekad untuk menyibukkan diriku yg malas ni.. hehe
boring jugak duk kat opis je.. baik aku masuk site, leh jugak kuarkan peluh dari badanku ini.

arini aku buat PM (preventive maintenance) utk ignitor..ignitor ni mcm pencucuh la utk nyalakan api dlm boiler sistem (merapu je lebih hehe).. ok lah dr xde keje langsung.. bnyak jugak la boleh blaja.. walaupun xtaw ape pun...

keje ni nampak je senang tp susah jugak nk buat klaw badan kite malas nk buat keje dan xpernah buat keje tersebut.

meh2 sy kongsi tempat keje aku..



ok lah utk hari ni.. hehe
tp seronok jugak mencarut dlm blog ni walaupun xde org follow sgt hehe..

Thursday, April 21, 2011

Solat dan Gelombang Theta. Cara Untuk Kusyuk Solat

Frekuensi gelombang otak mempunyai 4 tahap utama iaitu:

1. Sedar (Beta: 15-30Hz)
2. Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz)
3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)


Frekuensi Otak
Sesetengah buku mengatakan frekuensi otak adalah kegiatan otak di dalam pusingan sesaat. Mungkin ia tidak berapa jelas. Sebenarnya frekuensi ini adalah cetusan elektrokimia yang berlaku di dalam otak apabila kita berfikir. Ia melibatkan neuron otak untuk menghantar signal-signal ketika proses berfikir berlaku. Inilah yang dimaksudkan dengan kadar kegiatan otak iaitu kadar cetusan elektrokimia (signal) dalam masa sesaat yang berlaku di dalam otak. Banyak berfikir, lagi banyak cetusan elektrokimia dan makin laju kadar cetusan per saat (frekuensi).

1. Sedar (Beta: 15-30Hz)

Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan sedar. Segala analisis, pilihan dan semua aktiviti yang melibatkan kita berfikir berada di bawah frekuensi beta. Dengan kata lain, apabila kita banyak berfikir secara sedar, kita berada di frekuensi ini.

Tahap fikiran di frekuensi ini merupakan realiti fikiran. Kita akan memikirkan sesuatu itu berdasarkan apa yang kita nampak dan rasakan mengikut daya pemikiran kita ketika itu.

Jika kita memberi arahan kepada mereka yang berada di frekuensi ini, arahan tersebut akan dianalisis terlebih dahulu mengikut pendapat orang yang menerimanya. Sebab itu agak sukar untuk memberi arahan seperti apa yang kita inginkan kepada orang yang berada di frekuensi ini.

Sebab itu ketika kita ingin menasihati seseorang, kita perlu elakkan menasihat mereka ketika mereka berada di dalam keadaan beta.

Contoh yang jelas adalah ketika saudara mula-mula belajar memandu kereta. Saudara pasti berfikir sebelum menekan pedal minyak, pedal break, menukar gear dan sebagainya. Ketika ini pemanduan menjadi agak sukar kerana saudara perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu.

2. Bawah Sedar (Alpha: 9-14Hz)

Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan bawah sedar atau dengan nama lain sedang dalam keadaan asyik dan fokus. Ini adalah frekuensi terbaik ketika belajar.

Di tahap ini, kita hanya boleh menerima tetapi tidak mampu membuat tindak balas. Semua arahan yang diberikan akan kita ikuti tanpa membuat analisis terlebih dahulu.

Tahap ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikan adalah kerana di saat ini, apa yang masuk ke fikiran tidak lagi ditapis oleh fikiran kita. Jika kita memberi nasihat kepada anak dalam keadaan ini, ia terus akan masuk ke dalam fikiran anak kita dan terus diingati.

Jika kita berada di frekuensi ini, kita berada di dalam keadaan tenang dan tenteram. Fikiran tidak celaru dan berserabut kerana otak kita tidak banyak berfikir ketika ini.

Contoh yang jelas adalah ketika kita sudah pandai memandu kereta. Kita tidak perlu berfikir untuk menukar gear, menekan pedal minyak atau menekan break. Kita dapat lakukan tanpa kita sedari. Segalanya berlaku secara automatik.

Keburukan di frekuensi ini adalah, saudara seolah-olah dipukau ketika ini. Orang yang menjalankan pemasaran dan juga jualan dari rumah ke rumah atau di pasar-pasar raya akan cuba menurunkan frekuensi saudara ke tahap ini.

Kemudian apabila saudara sudah berada di tahap ini, saudara tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana setiap arahan akan saudara ikuti tanpa banyak cerita. Saudara tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindak balas sehinggakan saudara tidak sedar menghulurkan segala wang ringgit saudara kepada penjual yang berjaya memukau saudara.

Pastikan saudara berada di dalam keadaan Beta ketika membeli belah atau berada di tempat awam. Jika tidak, saudara akan dipukau di dalam keadaan terjaga.

Frekuensi ini bagus ketika membaca, membuat penyelidikan dan sebagainya. Frekuensi ini juga bagus untuk menasihati ahli keluarga dan orang di sekitar kita.

3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
Di tahap ini, kita masih terjaga tetapi kita sangat asyik dan dikatakan khusyuk. Khusyuk di dalam solat seharusnya berada di frekuensi ini. Ketika ini kita tidak mampu menganalisis atau menafsir apa-apa pun.

Jika frekuensi Alpha, kita hanya menerima dan boleh menafsir tetapi tidak boleh memberi tindak balas. Frekuensi Theta pula kita hanya menerima tetapi tidak mampu menafsir apatah lagi untuk memberi tindak balas.

Ketika ini, kita tidak sedar apa yang berlaku disekeliling kita akibat terlalu khusyuk dengan satu perkara. Jika kita bersolat, yang ada ketika ini adalah perasaan CINTA pada Allah dan hanya Allah yang hadir ketika ini. Tiada yang lain.

Gelombang Theta menyebabkan seseorang tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling.
Sebab itu di zaman Rasullullah, sahabat yang terkena anak panah di betis hanya melakukan solat sunat sahaja disamping sahabat lain mencabut anak panah tersebut. Khusyuknya sehingga tidak berasa apa-apa pun kesakitan.

Jika kita berada di dalam frekuensi ini, kita akan berasa sangat tenang.

4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)

Tahap ini merupakan tahap tidak sedar di mana kita berada di dalam keadaan tidur. Namun tidur ini adalah tidur yang dikatakan tidur mati. Kita tidak bermimpi. Tidur yang sangat puas dan cukup. Walaupun mungkin 10 minit tetapi kita akan rasakan cukup segar setelah bangun.

Jika kita tidur tetapi kita bermimpi, kita sebenarnya masih berada di dalam keadaan Beta. Bukan delta. Ini bermakna otak masih berfikir. Sebab itulah datangnya mimpi yang mengarut. Kita menjadi sangat penat apabila bangun jika kita tidur tetapi masih di dalam beta.
Orang yang selalu bersolat di pertiga malam yang menyerahkan 100% jiwa dan raga pada Allah dengan penuh rasa CINTA mampu tidur dalam keadaan delta. Tidur mereka sedikit tetapi puas dan tidak mengantuk di siang harinya. Begitu juga dengan mereka yang sering melakukan tafakur cara Islam.

Penutup

Semua frekuensi ini boleh dicapai dengan cara sengaja atau dengan kata lain mengikut kehendak kita. Ia memerlukan banyak latihan dan kita mampu mencapai di mana saja tahap frekuensi yang kita inginkan.

Sebab itu, apabila kita mampu untuk berada di mana-mana frekuensi, maka dengan mudah kita dapat berada di tahap khusyuk ketika solat.

Khusyuk ketika solat adalah sangat tenang. Sebab itu mereka yang merasainya sentiasa tenang, ceria dan sebagainya.

Berkomunikasilah dengan Allah agar kita dimudahkan untuk berdaya berada di frekuensi yang kita kehendaki. Banyak sangat kebaikannya. Ketika inilah kita mampu untuk menyerahkan 100% jiwa dan raga kita pada Allah SWT.

Sentiasa ingat dan sebut nama Tuhanmu.

Honeymoon...

arini xde ape nk buat... saja survey2 tempat menarik utk dihoneymoonkn..
target skrg ni nk honeymoon kat bali.. (gatal kahwin pun belom lg)..
tgk pakej yg disediakan ok lah jugak... xla mahal sgt...
bg aku bali dan pulau sipadan antara yg terbaik stakat ni..

bali pantai ok.. bnyak plak tempat2 menarik utk dilawati..
tp sempat ke nk melawat musim2 bulan bermadu ni.. org citer la..
pasangan bru kawen ni bergesel ckit pun dah mls nk kuar jejalan mesti nk lepak bilik nye..
maklum la awal2 lg masa kentut masih lg wangi....

pulau sipadan plak lebih pada kecantikan dasar pantai & persisir pantai je..
risau plak den dah la xreti nk berenang... xbnyak plak tempat utk dilewati..

so, kesimpulan nyer .. jom pi bali...(tapi lambat lg bile dah ditetapkan tarikh kelak wokeh, di harap ahli lembaga pengarah yg akan menetapkan tarikh tersebut dpt mempercepatkannya hehe)..

tgk member yg bru kawen sonok pulok... mcm dop sabor nk kawen hehe.. nak jd pahlawan melayu yg gantang berkeris dan bertanjak...

wokeh la dah xde idea.. jln citer pun mengarut mcm ular je.. len kali la plak smbung.. sori newbies lg dlm blogger...

Tuesday, April 19, 2011

Malas Keje..

Ya Allah.. apesal mls benor aku skrg.. xde ke keje yg xyah nk masuk pagi2 balik ptg2.. best kan klaw keje ikut suka kite, nk masuk pukui bape pon.. tertekan jugak keje skrg ni.. aduyai.. bestnyer keje sendiri boleh buat sesuka hati... nk bgn tido sesuka hati... nk dtg keje sesuka hati.. hehe...

Wednesday, April 13, 2011